Tuesday, July 04, 2006

RUMAH BARU

Assalamualaikum wrt wbt..

Ikhwah dan Akhawat yang dirahmati Allah

IA telah berpindah ke rumah baru..sila ziarah ke

al-fateh.blogspot.com

Tuesday, June 27, 2006

Laman Web Mahasiswa


Setelah pelbagai laman web yang diusahakan,

Kini yang terbaik dan terbaru untuk semua mahasiswa yang cintakan keadilan dan kebenaran

www.kampusnegara.net

Laman web yang mempamerkan pelbagai event dan kancah politik mahasiswa

Jangan lupa bersama kita mengaktifkannya!!!

Dr. M Mengaum...Pak Lah Menikus


Mmm apalah agaknya muslihat Dr.M kali ni...

Semakin hari, semakin rancak gerak langkahnya, semakin tajam kuku dan taringnya..Baru-baru ni pada 24hb Gabungan NGO di Malaysia telah menyediakan pentas terbaik untuk Dr.M memberikan penerangan secara meluas kepada rakyat mengenai ketidakpuasan hatinya terhadap kerajaan dan Pak Lah..

Pak Lah...kenapa menikus? Kenapa berdiam diri? Betul kata Musa Hitam (silence intelligent). Tak kesian ke kepada Kementerian Penerangan yang mengadakan roadshow jelajah ke seluruh negara untuk menjelaskan pendirian kerajaan...

Biasalah, itulah rutin menteri-menteri di Malaysia!

IA : Puhh...meletups!! Mana pulaklah Anwar ni..

Tenggelam Dalam Khazanah Ilmu


Semenjak cuti Semester 3 ni, baru ada masa terluang nak menjenguk ke Taman Ilmu dan Budi..

Sebelum tu, saje IA gi Jusco Wangsa Maju melawat kawasan (window shopping). Dan apa yang tak boleh tinggal ialah mesti melawat kedai buku..

Kat Jusco ni hanya ada 2 kedai buku :

1) MPH
2) mm apa ye nama kedainye??! Tapi opposite with MPH jugak

Apa yang paling best, kalau masuk kedai buku dalam hati IA ni ada macam2 idea dan perasaan,

1) 1 hari nanti nak bukak bookstore macam MPH atau paling kurang macam Pustaka Minerva
Jalan Tuanku Abdul Rahman

2) Nak menjadi seorang penulis buku...

3) Nak buat satu mini perpustakaan peribadi di rumah..macam ada seorang kawan tu, ayah ada
pustaka sendiri (Perpustakaan Keluarga Salehuddin-Sorry Zulkhari, promote sikit)

4) Dan yang terakhir sekali nak bukak 1 readingcafe (kedai buku yang dilengkapi dengan cafe)

Mmm tu lah, tapi wallahu 'alam...

Thursday, June 15, 2006

Islamic Bussinessman Wanna Be

IA rasa ada sesuatu bidang yang ingin diceburi

BUSSINESS!!!

Ya, IA rasa sudah mula rasanya berjinak-jinak dengan dunia bizz ni.

Bukan apa, risau pulak - ngan kes unemployment lagi, kos sara hidup tinggi -

Personal income kena stabil. Takkan nak harapkan air tangan kerajaan je?!

InsyaAllah, dah ada planning tu.

P/S : Islamic Bussinessman wannabe!!

BLOG AKU

kenapalah blog jadi macam ni..

habis lari arrangementnya!!!

Imtihan Khalas!

Alhamdulillah...exam dah habis..fuhh rasa macam dah hilang bebanan kat bahu

Ringan pulak rasanya..lepas ni cuma nak tumpukan kat keje2 kepimpinan je

Hmm..macam mane la agaknya kalau study tak exam..

maybe tak tau apa yang dah belajar
maybe lebih ikhlas dengan Allah?
maybe nota tak tersusun
maybe tak tercabar nak study

Hahaha 'ala kulli haal...semuanya dah tamat tunggu next sem!!

p/s : Kalau nak ubah sistem pengajian tinggi tunggulah ganti Tok Pa..TUNGGGUUU!!

Wednesday, June 14, 2006

Rabb Ighfir Zunuubi

Pabila teras diawasi Tuhan

Rasa berdosa setiap masa

Rasa hina diri dengan Tuhan

Rasa syukur dengan nikmatnya

Jiwa derita dengan dosa

Hati rasa kurang amal padaNya

Itulah hakikat sifat kehambaan

Bahagia

Allah Ya Allah

Mukmin sejati sentiasa waspada

Dari dosa tanpa sengaja

Apatah lagi dosa yang nyata

Umpama gunung jatuh padanya

Segala-galanya untuk Tuhannya


Gerak lakumu bertambah kaku

Lantaran nafsu yang telah jemu

Namun diriku bertambah malu

PadaMu Ya Rabbi yang miliki

Sifat An-Nasru

Abraj Al-Bait



Kompleks membeli belah di Makkah? Lebih besar dari KLCC? Abraj Al-Bait

IA : Ya Allah, berilah aku berpeluang mencium hajarul aswad di Baitullah...

Apa Tujuan Pak Lah Menghina Hj Abd Hadi

Oleh Roslan SMS

Buletin Utama TV3 malam tadi sekali lagi terlibat dalam kerja penaburan fitnah dan kewartawanan KAKI LIMA apabila mereka-reka sesuatu yang palsu yang tidak pernah berlaku sama-sekali.

Kononnya dilaporkan semasa Muktamar PAS baru-baru ini pemimpin PAS dikatakan telah membenarkan ahli-ahlinya berdemonstrasi dijalanan hatta sehingga jika perlu melontarkan batu ke arah anggota polis yang menganggu mereka.

Lalu TV3 telah menemuramah Perdana Menteri Dollah Badawi yang ketika itu berada dalam satu majlis dan duduk bersebelahan pula dengan Timbalan Ketua Polis Negara. Dollah (sebagaimana biasa) tanpa berfikir panjang telah mengutuk pendirian PAS itu.

Soalnya benarkah ada pemimpin PAS yang berkata demikian?

Saya yang berada sepanjang tempoh Muktamar PAS itu tidak pula teringat ada mana-mana pemimpin PAS yang berucap menghalalkan agar dilontar batu ke arah sesiapa pun semasa berdemonstrasi.

Benar mereka digesa agar terus berdemonstrasi memperjuangkan hak rakyat, tetapi mereka diseru berbuat demikian dalam keadaan aman. Berikut saya sertakan keratan laporan akhbar saluran perdana hari ini.

Dalam THE STAR:

PAS president Datuk Seri Abdul Hadi Awang said ulamak do participate in demonstrations. I myself go down to the ground to hold demonstrations. Some of us even had tear gas in our eyes. But the police do not arrest us (the ulamak), he said. The police tend to arrest the young ones. The police are considerate towards us (elderly ulamak).Abdul Hadi said it was PAS intention to only hold peaceful demonstrations, adding that it was the most effective way to express mass dissatisfaction.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata ulama' memang mengambil bahagian dalam demonstrasi. Saya sendiri turun ke padang untuk berdemonstrasi. Ada di kalangan kita yang terkena gas pemedih mata. Tetapi pihak polis tidak menahan kami (ulama'), katanya. Pihak polis memilih untuk menahan golongan muda. Pihak polis bertimbangrasa terhadap kami (ulama yang lebih berusia).Abdul Hadi berkata PAS memang menjadi niat PAS untuk mengadakan demonstrasi secara aman, menambah bahawa itulah satu-satu cara yang paling berkesan untuk menyuarakan bantahan umum.

Manakala dalam UTUSAN pula:

Abdul Hadi menegaskan, adalah tidak salah jika ahli PAS menyertai demonstrasi untuk menyatakan rasa tidak puas hati terhadap kenaikan harga minyak atau elektrik.
Menurut beliau, meskipun PAS menggalakkan demonstrasi, pihaknya menolak sebarang unsur keganasan dalam pendekatan tersebut. Sebaliknya, beliau memberi alasan bahawa huru-hara yang timbul dalam demonstrasi berpunca daripada provokasi yang dicetuskan oleh pihak berkuasa.
Semua demonstrasi yang dianjurkan oleh PAS adalah secara aman tetapi provokasi daripada pihak kerajaan menyebabkan berlakunya keganasan
.Sesungguhnya TV3 terbukti telah mencemarkan etika kewartawanan mereka dengan membuat laporan berunsur fitnah dan jahat. Sedih memikirkan bagaimana sebuah saluran TV yang sedemikian besar boleh melacurkan dirinya untuk kerja-kerja mungkar seumpama ini.

Sungguh malang lagi apabila seorang perdana menteri tanpa mengetahui kenyataan sebenar terus melemparkan fitnah tanpa terlebih dahulu menkaji kesahihan berita yang didengarnya.

Manis Ada Sengsara Tiada


Macam-macam kerenah di Malaysia

Akhir-akhir ni, sibuk pulak dengan isu gula

Gula tak cukup, gula dikuarantin, gula diseludup dan tak lupa jugak boikot gula (utusan 120606)

Macam manalah gula boleh tak cukup di Malaysia. Tapi hebat betul penyangak gula ni, dia memang seorang mastermind yang berani..Habis satu Malaysia havoc pasalnya sampaikan MB pun turun padang jual gula kepada rakyat (kalau macam ni selalu kan bagus)
http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Wednesday/Nasional/20060613230507/Article/

Tapi yang menariknya, barulah timbul kesedaran yang lebih baik kalau kita kurangkan gula dalam penggunaan seharian kita. Kalau tak, kencing manis la jawabnya..

P/S : Benda manis yang orang tak suka - kencing manis

Tuesday, June 13, 2006

Student's Rights Day

DEKLARASI HAK ASASI MAHASISWA MALAYSIA 2006

SEMPENA HARI HAK ASASI MAHASISWA

Tarikh :8 JUN 2006

Oleh :SOLIDARITI MAHASISWA MALAYSIA (SMM)
Dan
GABUNGAN ANAK MUDA DAN PELAJAR

Pada 8 Jun 2002 , setahun selepas penangkapan 7 orang mahasiswa yang turun ke jalanan untuk membantah penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri oleh kerajaan, kumpulam aktivis Mahasiswa telah mengisytiharkan 8 Jun sebagai hari Hak Asasi Mahasiswa Malaysia bagi merakamkan satu lagi peristiwa hitam dalam sejarah perjuangan Mahasiswa Negara ini.Hari ini, kami, SOLIDARITI MAHASISWA MALAYSIA (SMM) dan GABUNGAN ANAK MUDA DAN PELAJAR (GAMP) yang di anggotai oleh pelbagai pertubuhan Mahasiswa yang berlatarbelakangkan pelbagai ideology, kaum dan agama ingin mengisytiharkan pendirian dan tuntutan kami berkenaan dengan hak dan kebebasan Mahasiswa Negara ini sebagai agenda rakyat untuk mengecapi sebuah masyarakat yang demokratik dan adil demi kesejahteraan dan keharmonian hidup.Kami mendukungi prinsip saling menghormati dengan nilai hak asasi manusia sebagai nilai universal agar kebebasan individu untuk berorganisasi, bersuara, beragama dan berpolitik terjamin. Kami percaya bahawa pegangan nilai ini akan menujum kea rah sebuah masyarakat yang dinamik dan progresif.Kami melihat mahasiswa sebagai tunas pembangunan Negara yang memerlukan cahaya, air, udara dan tanah agar pertumjbuhan yang sempurna dan sihat dari segi luaran dan dalaman. Pendedahan kepada masyarakat luar kampus dan penerapan nilai unjiversal, khususnya hak dan kebebasan, penting dalam melahirkan generasi muda terpelajar yang berani memperjuangkan keadilan social dan demokrasi, serta menentang sebarang diskriminasi dan eksploitasi yang berlaku dalam masyarakat.Namun begitu, Mahasiswa yang merupakan tunas pembangunan Negara telah terencat pertumbuhannya di bawah penindasan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971.Antara perkara yang mencabuli hak Mahasiswa dalam AUKU adalah Seksyen 15 : Pelajar universiti dilarang bersekutu atau menyatakan sokongan, simpati atau bangkangan terhadap mana-mana parti politik atau kesatuan sekerja atau pertubuhan kecuali dengan kelulusan Naib Cancelor ; dan Seksyen 15A: Pelajar universiti atau pertubuhan pelajar universiti dilarang menjalankan keghiatan penjanaan wang dana kecuali dengan kelulusan Naib Cancelor.Maka denga itu, kami, SMM dan GAMP melancarkan suatu deklarasi berhubung dengan tuntutan dab harapan demi mengembalikan semula hak-hak Mahasiswa yang dirampas serta menghidupkan kembali demokrasi kampus yang telah mati.
HAK-HAK MAHASISWA & DEMOKRASI1. Memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) bagi memastikan pemugaran nilai-nilai intelektualisme terus subur di kalangan mahasiswa yang akhirnya melahirkan mahasiswa Malaysia yang berkualiti untuk menjadi pelapis kepemimpinan Negara.
2. Mengembalikan semula demokrasi kampus dan hak asasi Mahasiswa melalui pemberian ruang yang luas kepada mahasiswa untuk berpersatuan, bersuara dan berhimpun selaras dengan peruntukan yang terdapat di dalam Perkara 10 Perlembagaan Perkutuan.
3. Memberi kuasa autonomi sepenuhnya kepada universiti serta menolak campurtangan politik luar dalam pentadbiran kampus dan juga dalam urusan pilihanraya majlis perwakilan pelajar di semua kampus.
SOSIAL 4. Mewujudkan masyarakat Malaysia yang harmonis dan berakhlak mulia yang bertunjangkan keluarga bahagia untuk merealisasikan integrasi nasional dengan sokongan pelbagai pihak.
5. Mengiktiraf peranan dan kedudukan mahasiswa sebagai salah satu entiti penting di dalam masyarakat Malaysia dalam menyuarakan pandangan, kritikan dan tuntutan dengan mewakili suara independen mahasiswa dan masyarakat di sekitarnya.
6. Melakukan Revolusi Pendidikan terhadap sistem dan dasar pendidikan Negara di semua tahap dan peringkat pengajian sekolah dan institusi pengajian tinggi dengan iltizam untuk mencapai hasrat yang disasarkan oleh Falsafah Pendidikan Negara.
PENDIDIKAN7. Menjamin hak setiap warganegara untuk mendapatkan pendidikan daripada sistem pendidikan yang rasmi selaras dengan peruntukan di dalam Perkara 12 Perlembagaan Persekutuan.
8. Menyediakan bantuan pendidikan yang menyeluruh kepada semua pelajar melalui skim biasiswa dan pinjaman yang fleksibel dan bebas daripada sistem riba� yang membebankan pelajar.
9. Menghentikan penswastaan pendidikan dengan menyedari dan menginsafi bahawan pendidikan bukanlah bahan komoditi untuk perdagangan dan keuntungan pihak-pihak berkepentingan.
10. Mengutamakan Bahasa Ibunda sebagai bahasa akademik dan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan melalui mengembalikan semula dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik (PPSMI) di dalam bahasa Ibunda.
EKONOMI & KEBAJIKAN11. Membanteras krisis pengangguran mahasiswa secara efektif dan terancang dengan menyediakan peluang pekerjaan yang mencukupi dan rombakan kurikulum universiti yang mampu meningkatkan mutu dan daya saing mahasiswa.
12. Membuat dan menggubal dasar-dasar Negara dengan mengambil kira soal kebajikan mahasiswa dalam pelbagai aspek termasuk kos sara hidup sepanjang pengajian di kampus.
DEKLARASI HAK ASASI MAHASISWA MALAYSIA 2006 ini disepakati oleh

SOLIDARITI MAHASISWA MALAYSIA (SMM) dan GABUNGAN ANAK MUDA DAN PELAJAR (GAMP) dan turut dianggotai bersama :

1. Gabungan Mahasiswa Islam Semennanjung ( GAMIS)

2.Malaysian Youth And Democratic Movement (DEMA)

3. Kelab Rakan Islah Malaysia (KARISMA)

4. Food Not Bomb (FNB)

5. Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

6. Universiti Malaya Association of New Youth (UMANY)

7. Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa/I India (JKMI)

8. Students For Pro-Democracy (Pro-Dam)

Semester 3 berakhir

Semester 3 akan berakhir

Semester 1 pasti memukau...

TUNGGUUUUUU.....

Kabinet Pak Lah Kelam Kabut

Kasihan jugak tengok Pak Lah..

Hanya kerana seorang, habis Kabinet Pak Lah kelam kabut..

Maka..bergerombolanlah sepasukan menteri berjumpa Pak Lah untuk menunjukkan support yang kuat kepadanya..

Tapi musykil jugaklah, yang pergi tu rasa ihsan ke, atau pergi mencari benteng pelindung disebalik kuasa PM. Yelah, manalah tau, kot-kot terbuka pulak pekung bangkai korupsi yang pernah dibuat..

Tapi, ada jugak seorang menteri tu sanggup buat satu konvensyen untuk menunjukkan rasa sokongan padu kepada Pak Lah..Dalam hati saya terfikir jugak "sampai begitu sekali?!"

Tapi, yang menariknya, Muktamar PAS ke-52 pun menjadi bahan kritikan pedas apabila YB Salahuddin Ayob mengisytiharkan dia sebagai Ketua Pembangkang Malaysia..Eh betul ke tu? Ke Kinayah politik je?

Bukan tu saje, maka bertempiklah Azmin Ali, "Jangan mendewa-dewakan dia!!"

#dia : saje malas nak sebut namanya!!

Kampus Negara


-Kampus Negara-www.kampusnegara.net
Dari Kampus Ke Lapangan Umat
STUDENT POWER!!!